Salam Pengenalan

Salam buat semua..Tiada apa yang istimewa tentang blog ini..Sekadar ingin berkongsi minat dan maklumat buat penggemar aktiviti luar macam aku ni...Tiade yang dalam rumah mahu pun yang dalam kelambu...hanye yang di luar rumah dan luar kelambu sahaje adenye...

Tuesday, September 25, 2012

Kayak Jeram

Udah lame tak menulis di blog ni. Sibuk dengan macam-macam aktiviti. Nak becerita sedikit pasal berkayak di jeram (white water kayak). Buakan mahir pun. Sekadar berminat dan ada le sesekali mengikuti kawan-kawan bermain di jeram. Memang seronok. Kalau di perak boleh ke Sg. Sungkai, Sg. Itik di Gopeng atau Sg. Singor. Di Malaysia banyak lagi tempat yang menarik seperti Sg Sedim, Sg Kiulu dan sudah pasti yang paling best di Sg Padas. Kalau nak ikuti aktiviti ni pastikan korang sihat, cergas dan mahir mengendalikan kayak. Pergi le dengan kawan-kawan yang mahir....

Tuesday, December 6, 2011

Klasifikasi Sungai

Berikut penjelasan tentang tingkat kesulitan sungai :


Kelas I
Tingkat kesulitan sungai yang paling rendah, dengan arus yang bervariasi dari datar dan tenang sampai sedikit beriak pada beberapa tempat. Rintangan yang ada pun sangat sedikit dan dapat dilihat jelas. Risiko berenang di sungai ini sangat rendah dan self-rescue sangat mudah dilakukan.

Kelas II
Sungai dengan tingkat kesukaran rendah - menengah. Sesuai untuk pendayung yang baru berjinak-jinak dengan arus deras. Dengan sungai yang lebar dan arus yang cukup deras, laluan pengarungan jelas dan tidak memerlukan pengamatan (scouting) terlebih dahulu. Sesekali manuver perlu dilakukan, namun bebatuan dan jeram sederhana dapat dengan mudah ditempuhi oleh pendayung yang terlatih. Penumpang yang tercampak keluar dan terhanyut jarang sekali mengalami kecederaan. Pertolongan masih belum perlu. Sungai dengan tingkat kesukaran ini sangat sesuai untuk latihan dasar kegiatan arung jeram.

Kelas III
Sungai dengan tingkat kesukaran sederhana, memiliki jeram yang mulai tidak teratur dan cukup sulit serta dapat menenggelamkan perahu. Manuver-manuver pada arus yang deras serta kawalam pada laluan sempit diperlukan. Jeram-jeram besar dan "strainers" mungkin ada namun dapat dengan mudah dihindari. Pusaran arus yang kuat dan deras sering ditemui, terutama pada sungai-sungai besar.
Cedera semasa tercampak keluar dan terhanyut masih sangat jarang; self-rescue biasanya masih mudah dilakukan namun bantuan sudah mulai diperlukan untuk menghindari risiko yang mungkin terjadi. Sungai dengan tingkat kesulitan ini sangat sesuai untuk kegiatan bersama keluarga atau sebagai rekreasi alternatif kerena mampu diikuti oleh anak-anak yang berusia seawal 9 tahun.

Kelas IV
Sungai dengan tingkat kesukaran menengah - tinggi. Sungai ini memiliki arus yang sangat deras namun masih dapat diramal dengan pengendalian perahu yang tepat. Teknik pengarungan pada sungai ini sangat bergantung pada karaktor sungai itu sendiri, kerana sungai dengan tingkat kesukaran ini berbeza-beza walau memiliki tingkat kesukaran yang sama. Jeram-jeram besar, hole dan laluan sempit yang tidak dapat dihindari memerlukan manuver yang cepat. Berhenti pada arus yang tenang mungkin diperlukan sebelum meneruskan perjalanan. Risiko cedera bagi penumpang yang hanyut cukup besar dan kondisi air menyebabkan self-rescue sukar dilakukan dan perlukan bantuan. Penyelamat memerlukan latihan khusus agar teknik penyelamatan dapat dilakukan dengan betul.
Sungai dengan tingkat kesukaran ini sangat menyeronokkankan dan menjanjikan cabaran . Perlukan peralatan yang memadai, pengetahuan yang cukup dan pemandu yang berpengalaman

Kelas V
Sungai dengan tahap kesukaran tinggi dan hanya sesuai untuk pendayung jeram yang sudah menguasai teknik pengarungan dan memiliki pengalaman yang cukup pada sungai Class IV.
Sungai yang tergolong pada sungai kelas V memiliki jeram yang banyak dan panjang dengan berbagai rintangan yang dapat menyebabkan risiko tambahan bagi seorang pendayung. "Drops" atau penurunan yang tiba2, Jeram-jeram sukar, "hole" dan tebing keras yang tidak dapat dihindari diikuti air terjun sering dijumpai pada sungai ini. Jeram yang dilalui sering kali pada jarak yang cukup panjang, dan memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Kemungkinan pusaran air yang tenang (eddies), sangat sedikit sekali dan cukup sukar untuk dimsuki. Pada skala tertinggi, Sungai dengan tingkat kesulitan ini memiliki kombinasi jeram yang berbagai. Selekoh hair, hay stakes, headwall, strainer, under cut, wave train dan pin hole sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan maut.
Tercampak keluar di sungai ini sangat berbahaya dan tindakan penyelamatan sukar dilakukan walaupun bagi seseorang yang terlatih. Peralatan yang tepat, pengalaman yang luas dan latihan dalam penyelamatan sangat penting.

Kelas VI
Sungai yang memiliki tahap kesukaran tertinggi. Pengarungan di sungai ini hampir tidak mungkin dilakukan kerana jeram yang ada tidak dapat diramal dan sangat berbahaya. Akibat dari kesilapan dalam pengarungan disungai ini sangat berat serta tindakan penyelamatan hampir tidak mungkin. Sungai dengan tingkat kesulitan ini hanya untuk pendayung yang memiliki kemahiran dan kekuatan fizikal tinggi -bukan untuk diarungi bersendirian- Pendayung mestilah telah sering kali melakukan pengarungan pada sungai dengan tingkat kesulitan class V.

Klasifikasi tingkat kesukaran sungai diatas merupakan tingkat kesukaran sungai yang ditetapkan secara internasional. Namun klasifikasi ini masih sangat variatif dan dapat berubah-ubah walau pada sungai yang sama, kerana tingkat kesulitan ini sangat tergantung pada kuantiti air dan kemiringan sungai. Pada waktu-waktu tertentu sungai-sungai tersebut memiliki tingkat kesulitan yang mungkin bertambah atau mungkin berkurang. Kerana itulah penggiat arus deras menandakan tahap kusukaran dibelakang kelas sungai ditambah dengan tanda + (plus). Misalnya sungai Citarik memiliki tingkat kesukaran III+ . Ini bermakna pada jeram-jeram tertentu sungai citarik memiliki tingkat kesukaran yang setara dengan sungai kelas IV.

Wednesday, June 22, 2011

Kayuhan Kuala Kangsar MTB Jamboree

Kuala Kangsar Banadar Diraja...Ape yg spesel di Kuale...? Ade banyak...kalau korang datang ke kuale korang boleh menikmati keindahan Bandar Kuale Kangsar yang terletak di tepi Sungai Perak..Malamnye, Kuale diterangi lampu yang macam2 warna...Kuale Kangsar juge tempat banyak pemimpin2 kite belajor sebab di sini le letaknye Malay College atau MCKK yang terkenal tu..Kalau ke Kuale Kangsar jangan lupe shopping labu sayong..cantik, tradisional dan rege berpatutan...Makan pun jangan ghiso...Ade laksa Kuale atau nk makanan lain..Sambil lepak tepi sungai boleh makan....Kalau sambil korang kayuh anak bini boleh pegi buat lawatan sekitar Kuale..Galeri Sultan Azlan Shah, Mesjid Ubudiah, Istana Kuning, bengkel labu sayong, kilang pewter, Kraftangan dan banyak lagi tembat menarik...Nak mandi ayor tojon boleh pegi Lata Ulu Kenas...dekat je...ate....ape tunggu lagi....
Jom kayuh di Kuale,,,

Sunday, June 19, 2011

Lumut Indah



Tecaghi-caghi tempat nak kayuh....? Ni saje nak kongsi dengan korang tempat kayuh yang menarik...Lumut Perak sebuah bandar kecil tepi laut...Di sini korang boleh kayuh lasak atau pun santai...Lumut tak jauh dari Ipoh..hanye kire-kire 80km...Untuk penginapan jangan bimbang..Banyak hotel terdapat di Lumut dan sekitarnya seperti Sitiawan dan Ayer Tawar...Kalau korang rajin naik feri boleh ke Pulau Pangkor yang mengambil masa 20 minit je naik feri..Di Pulau Pangkor pun menraik dan mencabar juge klu nak kayuh...Apa yang menarik di Lumut ni banyak...Nak mandi laut korang boleh pegi ke Teluk Batik atau ke Pulau Pangkor...Ayor lautnye memang jernih...kalau nak shopping hasil laut pun banyak di sini...Ikan basah samapi le yang kering..Makan jangan le bimbang...Macam-macam masakan ada..Kalau teringin nak makan ikan bako sambil duduk santai malam-malam dengan sape aje le yang korang berteman bolah ke Teluk Muroh...memang sedap dan rege berpatutan...Pemandangan matahari terbenamnye memang cantik...meh le cube...

Tuesday, June 22, 2010

Nelayan Sungai



Cuti sekolah baru ni aku jadi nelayan sungai...ingatkan mudah..rupenye satu xtvt yg cukup adventure....penat tapi menyeronokkan...aku jadi nelayan di sungai perak yang kaye dgn berbagai spesies ikan..

Aku nak kongsi sikit cerite menangkap ikan ni...antare care yg biase digunakan termasuk le pancing,taut (sejenis pancing juge le),jaring,bubu,jala dan pukat...semuenye memang seronok dan adventure..ikan yang boleh dapat ikut care yg digunekan...byk spesis ikan di sungai perak ni...contoh:baung,tongsan,patin,lampam.temoleh(temolian) dan bnyak lagi le ang klu aku sebut pun mungkin korang pun tau...

Antare xtvt menangkap ikan yg aku sebut tadi yang paling seronok gunekan pukat hanyut...carenye naik bot dan bawak pukat..hanyutkan melintang sungai mengikut arus...klu ade ikan saiz beso yg masuk pukat, mase tu le yg paling seronok...berdebor-debor dade..sentapan ikan tu pulak..perrggghhhh....klu ade yg nak rase pengalaman tu jom le...tapi klu pukat tu sangku kat kayu dalam sungai tu jenuh le plak nak menyelam..nasib badan le...tapi yang penting, adventure dan seronok....macam mane pun..jage keselamatan....

Sunday, May 2, 2010

Anatomi Basikal

mari kite kenal part2 basikal...ade yg tau kayuh beskal je tapi x berape kenal part2 basikal...mari kite same tengok gambor anatomi basikal kat bawah ni....bahase omputih le plak...aku rase x ade masalah...x paham mcm aku ni sile rujuk kamus...



1. Seat Stay
Seat stay- The part of the frame that connects the top of the seat tube to the rear dropout. It usually intersects the seat tube near where the top tube joins the seat tube.

2. Front Derailleur
Front Derailleur - The mechanism that moves the chain from one chainring to another (found above the bottom bracket).

3. Frame
Frame - A bicycle frame is the main component of a bicycle, onto which wheels and other components are fitted.- A bicycle frame is the main component of a bicycle, onto which wheels and other components are fitted.

4. Headset
Headset - the components (including the ball bearings) that allow the handlebar to rotate and steer the fork.

5. Head tube
Head tube - The head tube contains the headset, the interface with the fork. In an integrated threadless headset, the bearings interface directly with the metal surface on the inside of the head tube.

6. Fork
Front Suspension Fork - holds the front wheel and provides shock absorption so the rider can keep the front wheel on the ground and maintain steering control over the bike.

7. Dropouts
Dropouts - the slots on the frame and fork that holds the wheel axles.

8. Cassette
Cassette - toothed cogs that make up the gears (attached to the rear wheel).

9. Rear Derailleur
Rear Derailleur -The mechanism that moves the chain from one gear to another (found below the rear dropout). More about Derailleurs.

10. Chainstay
Chainstay - a section of the frame that connects bottom bracket to rear dropout.


12. Chainrings
Chainrings - toothed rings that directly connect to the crank.

13. Crank
Crank - connects the pedals to the chainring.


Thursday, April 29, 2010

"Kayuhan Kuale Bandar Diraja" - Kuala Kangsar MTB Jamboree 2010




Moh kite ke Kuale... Kite ngayuh di Kuale pulok.. Kepade semua rakan pengayuh basikal, jom kite lawati "Kayuhan Kuale Bandar Diraja" - Kuala Kangsar MTB Jamboree 2010. Daftarkan diri anda di sana...