Salam Pengenalan

Salam buat semua..Tiada apa yang istimewa tentang blog ini..Sekadar ingin berkongsi minat dan maklumat buat penggemar aktiviti luar macam aku ni...Tiade yang dalam rumah mahu pun yang dalam kelambu...hanye yang di luar rumah dan luar kelambu sahaje adenye...

Thursday, April 29, 2010

"Kayuhan Kuale Bandar Diraja" - Kuala Kangsar MTB Jamboree 2010




Moh kite ke Kuale... Kite ngayuh di Kuale pulok.. Kepade semua rakan pengayuh basikal, jom kite lawati "Kayuhan Kuale Bandar Diraja" - Kuala Kangsar MTB Jamboree 2010. Daftarkan diri anda di sana...

Monday, April 19, 2010

Sungai Perak Nan Indah


xtvt berakit saudare Idham & angah
(juru mudi bot dan juru pandu)
0194638398


peserta xtvt berakit seronok berakit
sedang warm up

Jambatan Sultan Yusuff Kuala kangsar
(Jambatan Sayong)

Sungai Perak merentas dari timur ke barat negeri Perak...Sebatang anak sungai yang indah memanjang merentasi negeri Perak ini adalah satu destinasi menarik untuk dkunjungi bagi peminat xtvt luar mahupun sekadar bersantai...Sungai perak mengalir dari Hulu Perak dan berakhir di Hilir Perak di Bagan Datoh menawarkan keseronokan dan cabaran tersendiri...

Bagi yang baru menceburi xtvt luor jangan bimbang kerana Sungai Perak bukan berarus deras... Ianya mengalir tenang...Cume sesekali ade kawasan yang agak deras tetapi tidak ade jeram atau pun air terjun....Ianya seronok untuk diharungi....

Antare xtvt yang boleh dilakukan di sini ialah berakit dan berkayak....Bagi yang tidak begitu lasak boleh menyewa bot untuk menyusuri Sungai Perak sambil menikmati panorama indah di sepanjang sungai...Korang boleh menyewa bot diu Jeti Kuala Kangsar atau Jeti Manong...Terpulang pade korang le nak pilih....

Bagi yang lebih menggemari xtvt lasak korang boleh berakit atau pun berkayak...Banyak intitusi pengajian dan kumpulan besar atau kecil menjalankan xpdc berakit mahupun berkayak di sini....Kalau perlukan bot pengiring dan juru pandu juge tidak mendatangkan masalah kerana penduduk setempat yang ramah dan mesre serta biase dengan Sungai Perak sedia memberikan perkhitmatan...Begitu juge yang gemor memancing...Sungai Perak kaye dengan berbagai spesies ikan dari yang bersaiz kecil seperti lampam hingge yang bersaiz mega seperti ikan temoleh(temolian)..

Seperkare je yang perlu diingtkan, ambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnye semase menjalankan aktiviti...Di sini aku paparkan sedikit gambo pemandangan menarik di Sungai Perak...Maap le, gambo kurang jelas sebab aku gune kamera tipon murah aku je..Ape pun aku hargai yang sudi melawat dan berkongsi blog aku ni...Kalau ade komen silekan...Semoge korang enjoy buat xtvt

Sunday, April 11, 2010

Bkt Kledang


di puncak Bukit Kledang

antare pemandangan di Bukit Kledang

stesen pemancar

laluan naik berturap

Bukit Keldang terletak di Ipoh Satu banjaran yang terletak dalam bandar Di puncak bukit ni terdapat pemncar segale stesen komunikjasi,radio dan televisyen serta entah ape2 lagi aku pun tak tau

Bukit Kledang ni juge jadi tempat rekreasi penduduk Ipoh dan kawasan2 yang berhampiran Kalau pade hari2 cuti umum cukup rami penguynjung yang datang utnuk beriadah Di sini korang boleh mendaki,jogging mahupun berbasikal

Untuk mendaki korang boleh buat pilihan untuk menggunakan laluan berturap atau pun trek laluan hutan. Boleh tahan juge le treknya bagi yang tidak biase mendaki. Untuk jogging boleh pilih laluan berturap ....

Bagi yang gemor naik basikal macam aku dah tentu le laluan berturap yang menuju ke puncak jadi pilihan ....Memang le seronok mendaki dengan basikal di sini ....Meleleh peluh sampai ke kaki mase mendaki ....Tapi yang palin best mesti le mase turun .....Tak payah kayuh langsung.... Yang penting jage brek dan pegang hendal beskal elok2 Jangan terlanggor pengunjung yang lain plak

Bawak ayor mase berkayuh.... Tapi kalau korang terhabis ayor jangan le risau.... Bukit Kledang ni bekalan ayor ade sepanjang laluan.... Percume je ayornye ...Banyak terdapat punce ayor di sini Trek laluannye pun tak le panjang sangat.... Sesuai untuk aktivti riadah bersame keluarge ...Nak sampai ke sane pun amat mudah ...Pemandangan di sini pun cantik...Dari puncak korang boleh tengan panorama bandaraye Ipoh di selatan dan Sungai Perak di utara....

Sunday, April 4, 2010

Ulu Bekor Offroad






Ulu Bekor Offroad adalah satu lagi trek offroad untuk yang gemor cari susah boleh berkayuh.... Trek ni tak panjang sangat keseluruhan dalam 49km aje... Bagi yang laju bolah kayuh dalam 2 jam dah abis.... Bagi yang tak laju boleh abiskan dalam 4 jam
Macam mana nak ke sane? Mudah aje Korang boleh mule kayuh dari pekan Manong, kemuadian naik bot dari Jeti Manong menyeberang Sg Perak ke Kg Seberang Manong....Kemudian menyusur tepi Sg Perak ke Kg Bekor .....Dari Kg Bekor korang kayuh ke Pos Bekau iaitu kg orang Asli puak Semai..... Dari Pos Bekau kayuh pulak ke Kg Balang sebelum korang pegi ke kwasan lombong yang dikenali sebagai Lombong Perancis.. Mane dapat name aku pun tak tau....
Dari kawasan lombong tu korang masuk plak ke FELCRA Jeruai Senggang .....Melalui kawasan FELCRA ni memang best naik bukit dan turun bukitnye ...... Mencabar tapi redup .....Sebelum tu kalau korang nak beramah mesre dengan penduduk Asli Kg Balang dan Pos Bekau pun boleh.... Penduduknye memang ramah....... Kalau korang bernasib baik mungkin korang boleh menyaksikan majlis keraian orang Asli seperti perkahwinan Boleh joget sampai pagi
Kalau tak tau jalan plak korang jangan risau..... Boleh mintak penduduk setempat tunjuk jalan..... Aku kalau ade kelapangan tak ade masalah nak tunjukkan jalan..... Selamat bekayuh dan saksikan keindahan dan rasekan keseronokan berkayuh di Ulu Bekor Offroad.....